Never Stop Loving You
Never Stop Loving You

ENTRY ABOUT MY SUNSHINE LETTER


Tolong Sampaikan Kepada Si Dia
Friday, August 9, 2013 | 6:48 PM | 0 Talkers

tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta - Nya..
tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
tolong nasihati sia dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
tolong ingatkan si dia. aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
tolong ingatkan si dia. aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
tolong sedarkan si dia. aku milik Yang Maha Esa..
tolong sedarkan si dia. aku masih milik keluarga..
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

tolong pesan padanya. aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
tolong pesan padanya. aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
tolong pesan padanya. aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

tolong khabarkan pada si dia. aku tidak mahu melekakan dia..
tolong khabarkan pada si dia. aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
tolong khabarkan pada si dia. jadilah penyokong dalam kejayaanku..

tolong sampaikan pada si dia. aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
tolong sampaikan pada si dia. cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
tolong sampaikan pada si dia. hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia. semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia. semoga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.



AYAH, TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR KAMI ERTI KEHIDUPAN
Sunday, May 26, 2013 | 7:37 AM | 0 Talkers
Quotes with a meaning | via Tumblr
AYAH, TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR KAMI ERTI KEHIDUPAN

Ting ! Ting ! Ting ! Jarum jam menunjukkan pada waktu dua belas tengah malam. Aku tidak dapat melelapkan mataku ini.
Benarlah kata orang: “Biar mati bapa, jangan mati emak”. Sesungguhnya semua ini adalah kehendak- Nya. Kita sebagai manusia biasa hanya mampu berserah pada kekuasaan- Nya. Tapi hakikat dan kenyataan yang patut kuharungi dan kuhadapi ialah pemergian ibuku yang tersayang. Aku pasrah  pada kekuasaan Allah Yang Maha Agung.
Masih kuingat….. tanggal 4 Februari 1989, satu tarikh keramat yang tidak mungkin  dapat kulupakan. Kerana itulah  tarikh terakhir aku menatapi sebuah wajah yang amat kusayangi dan kukasihi. Ibuku yang tersayang kembali ke rahmatullah.
Walaupun aku keberatan atas pemergiannya, tapi aku pasrah. Aku harus redha dan     itulah hakikat sebenarnya yang patut aku terima.
Maka bermulalah episod baru dalam hidupku. Aku merupakan anak sulung dari tiga beradik. Kami tinggal bersama abah. Semenjak pemergian ibu, abahlah yang mengganti tempat ibu di samping membanting tulang empat kerat untuk menanggung hidup kami sekeluarga. Aku berterima kasih kepada abah di atas segala pengorbanan kerana membesarkan aku.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Setelah abah mendapat rezeki terpijak, abah berubah untuk berkahwin lagi. Abah berkahwin dengan janda beranak tiga. Sekali lagi aku pasrah. Selama hampir lapan tahun kami hidup bersama dalam keadaan sederhana, tiba- tiba kami terpaksa berkongsi kasih abah bersama orang lain yang kami tidak pernah bersua ataupun kenal hati budinya.
Kami tinggal serumah. Pada mulanya, semuanya berjalan dengan baik. Layanan ibu tiriku pada kami adik- beradik amat baik. Tapi sangkaanku meleset. Ketiadaanku dan abah di rumah, membuatkan ibu tiriku berani mencerca, menengking adikku tanpa salah dan silap.
Pada suatu hari, kami berbincang dengan abah tanpa ibu tiriku. Tiada kuduga rupanya abah menyebelahinya dan mengambil keputusan untuk keluar meninggalkan kami tiga beradik untuk tinggal bersama ibu tiri di rumah lain. Bertapa kecewanya hati ini yang terpaksa memikul segala tanggungjawab yang selama ini dipikul oleh abah.
Setelah tamat SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ), aku lupakan dulu cita- citaku. Tanggungjawabku sekarang ialah untuk memberikan pendidikan kepada kedua adik- adikku. Segalanya kutanggung sendiri tanpa sedikit pun bantuan daripada abah. Abah hanya datang untuk menjengukkan mukanya sahaja.
Aku mesti bekerja keras untuk menyara adik- adik. Tapi sekarang segala penat lelahku berbalas. Kedua- dua adikku kini sedang menuntut di universiti tempatan. Untuk meneruskan cita- citaku yang terbengkalai dan untuk membuktikan pada abah yang kami boleh berusaha walaupun tanpa abah, aku juga turut menyambung pelajaran secara persendirian.
********************************************
“Abah ! Abah ! Abah !” aku memanggil abah. “Abah ! Bangunlah akak ada buat cerpen ni. Abah tolonglah bangun baca cerpen akak ni. Abah kan suka baca cerpen akak. Abah bangunlah” sekali lagi aku cuba mengejut abah dari tidurnya.
            Sudah hampir setengah jam aku mengejut abahku tapi masih tiada reaksi darinya.
            Akhirnya abah pula yang meninggalkan kami pada tanggal 17 November 2006.  Satu tarikh keramat ini tidak mungkin kulupakan. Kerana tarikh itulah aku kehilangan abahku dan menjadi seorang anak yatim piatu.
            Setelah abah kembali ke rahmatullah, hubungan aku antara adik- adikku semakin akrab. Kerana keakraban kami tiga beradik dibentuk oleh abah sejak kecil lagi.
Aku melihat kiri dan kanan. Kini aku sedar dan mengerti, setiap kesusahan terselit hikmah yang tersembunyi.
Buat abah tersayang, sungguh pun hati anakmu kecewa dengan sikap abah terhadap kami, tapi akhirnya kami mengerti segalanya itu menjadi pengajaran yang amat berguna kepada kami. Kami berjaya menjadi manusia. Sesungguhnya kami menyayangi abah.

Sekian :) Terima Kasih kerana sudi membaca cerpen yang tak seberapa :D Saya baru belajar menulis cerpen 




! Bakal Imamku !
Wednesday, March 27, 2013 | 5:09 PM | 0 Talkers

64409_516009171783511_787047917_n_large
hye - hye :) Assalamualaikum n Morning my stalkers n my ehem ehem :) heeeee ~ hari ni dah 28-3-13 kan kan . sekejap jer dah hujung bulan tiga . so pada hujung bulan tiga ni kan kan . Kita sebenarnya nak cerita kan tuttttt ...... heee ~ Kita nak ceritakan pasal Bakal Imam kita la . Tahu tak siapa laki yang bertuah tu :D ngee ~ kalau nak tahu meyh meyh kita bace lebih mendalam lagi isi tersurat n isi tersirat . Ekekekeke . kay kay pagi pagi buta ni kita dah mula loya buruk :3 Okay first of all :D ina nak bg thu ni . Kita orang dah bersama selama seminggu :) Alhamdulillah Ina happy sangat sangat bila dengan si Panjang , Si Bubu , Si Panda n semua Si lahh -,- hahahaha ! kay jangan layan ina ni . Dia agak mereng sikit pagi ini . Sbb nya kan kan . Ina happy bila Si Bakal Imam Ina ni muncul dalam hidup ina :) Thanks for everything my Future Husband . 
Oke now bermula lah kesah nya :D Ina sebenarnya kan kan kan . :3 Sayang sangat - sangat dekat si tuttt ~ . Nama Si Tuutttt ialah Maziz Nazirul Bin Masrul Hafizie . Heee ~ sedap kan nama dia :D Dia ler yang mengembalikan senyuman ina , dia lah yang dah bukak kan pintu hati ina utk bercinta lagi :) btw thanks my bubu sbb dah hadir dalam hidup ina :) In Shaa Allah ina akan jadi yang terbaik buat kamu sayang :) Ina nak dia jadi yang terakhir buat ina In Shaa Allah :) pray for us :) Setakat seminggu ni Alhamdulillah tak de masalah pape :) Sbb masing-masing nak gembira kan hati antara satu sama lain :) Dia memahami ina n ina pun memahami dia :) Ni cuti sekolah mmg la ad masa right . ? nnti dah bukak sekolah masing masing dah busy . Mybe mase tu mcm - mcm msalah akn timbul right .? In Shaa Allah ina dengan dia akn hadapi semua masalah ni sama - sama . Sbb kita orang sayang antara satu lain :) Heee ~ Dia kan sebaya dengan ina . :) So sama sama ler exam tahun ni :) Kena la bagi sama sbb thun ni exam yang menentu kan masa depan masing - masing :) Lepas exam In Shaa Allah nak jumpa dia . Kalau boleh la nak ajak dia jumpa family . Ehhh . Ehhh . Sepatutnya boy kne bwak jmpa family right ? Arghhh tak pe la . Yang penting ina nak dulu , suka hati la ap orang nak ckap . Walaupun hubungan kita orang family dah thu . Ina lebih selesa dia jumpa dengan family ina  :D Dan kalau ada jodoh In Shaa Allah ina nak dia ikat Ina :) Thu kan ap maksud Ikat ? Kalau thu bagus , n  kalau tak thu pulak pandai - pandai korang la yer . ekekeke . :p Dia caring sangat dekat ina . Dia baik sangat dekat Ina . Kenapa larh Allah tak muncul kan dia lebih awal lagi . kalau dia muncul lebih awal . Ina mesti tak ad sakit hati mcm dulu kan kan :D heee ~ Errrr -,- rasa nya kan sampai sini jer kot ina nak cerita . sbb nya kan ina tak sehat :( Nie semua dari my Bubu tu la , g bawak virus demam dekat ina . dia cakap kata sehati sejiwa . so ap yang dia kene mesti kene dkt ina . See suweet kan smpai dia caka[ mcm tu . ekeke . Okay la rasa nya smpai sini jer la . So ina mau sambung tidur dan tggu ler smpai dia kejut ina . ekeke . ntah pukul brapa la dia nak kejut ina -,- . Dia tu bgun bukan main lambat lagi :3
Okay tata semua :) Thanks sbb sudi meluangkan masa utk baca ntah ap Ina tulis ni . ekekeke :) Next time ina menaip lagi oke :D Love u all :) Assalamualaikum Cinta <3





Older