Never Stop Loving You
Never Stop Loving You

ENTRY ABOUT MY SUNSHINE LETTER


AYAH, TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR KAMI ERTI KEHIDUPAN
Sunday, May 26, 2013 | 7:37 AM | 0 Talkers
Quotes with a meaning | via Tumblr
AYAH, TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR KAMI ERTI KEHIDUPAN

Ting ! Ting ! Ting ! Jarum jam menunjukkan pada waktu dua belas tengah malam. Aku tidak dapat melelapkan mataku ini.
Benarlah kata orang: “Biar mati bapa, jangan mati emak”. Sesungguhnya semua ini adalah kehendak- Nya. Kita sebagai manusia biasa hanya mampu berserah pada kekuasaan- Nya. Tapi hakikat dan kenyataan yang patut kuharungi dan kuhadapi ialah pemergian ibuku yang tersayang. Aku pasrah  pada kekuasaan Allah Yang Maha Agung.
Masih kuingat….. tanggal 4 Februari 1989, satu tarikh keramat yang tidak mungkin  dapat kulupakan. Kerana itulah  tarikh terakhir aku menatapi sebuah wajah yang amat kusayangi dan kukasihi. Ibuku yang tersayang kembali ke rahmatullah.
Walaupun aku keberatan atas pemergiannya, tapi aku pasrah. Aku harus redha dan     itulah hakikat sebenarnya yang patut aku terima.
Maka bermulalah episod baru dalam hidupku. Aku merupakan anak sulung dari tiga beradik. Kami tinggal bersama abah. Semenjak pemergian ibu, abahlah yang mengganti tempat ibu di samping membanting tulang empat kerat untuk menanggung hidup kami sekeluarga. Aku berterima kasih kepada abah di atas segala pengorbanan kerana membesarkan aku.
Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Setelah abah mendapat rezeki terpijak, abah berubah untuk berkahwin lagi. Abah berkahwin dengan janda beranak tiga. Sekali lagi aku pasrah. Selama hampir lapan tahun kami hidup bersama dalam keadaan sederhana, tiba- tiba kami terpaksa berkongsi kasih abah bersama orang lain yang kami tidak pernah bersua ataupun kenal hati budinya.
Kami tinggal serumah. Pada mulanya, semuanya berjalan dengan baik. Layanan ibu tiriku pada kami adik- beradik amat baik. Tapi sangkaanku meleset. Ketiadaanku dan abah di rumah, membuatkan ibu tiriku berani mencerca, menengking adikku tanpa salah dan silap.
Pada suatu hari, kami berbincang dengan abah tanpa ibu tiriku. Tiada kuduga rupanya abah menyebelahinya dan mengambil keputusan untuk keluar meninggalkan kami tiga beradik untuk tinggal bersama ibu tiri di rumah lain. Bertapa kecewanya hati ini yang terpaksa memikul segala tanggungjawab yang selama ini dipikul oleh abah.
Setelah tamat SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ), aku lupakan dulu cita- citaku. Tanggungjawabku sekarang ialah untuk memberikan pendidikan kepada kedua adik- adikku. Segalanya kutanggung sendiri tanpa sedikit pun bantuan daripada abah. Abah hanya datang untuk menjengukkan mukanya sahaja.
Aku mesti bekerja keras untuk menyara adik- adik. Tapi sekarang segala penat lelahku berbalas. Kedua- dua adikku kini sedang menuntut di universiti tempatan. Untuk meneruskan cita- citaku yang terbengkalai dan untuk membuktikan pada abah yang kami boleh berusaha walaupun tanpa abah, aku juga turut menyambung pelajaran secara persendirian.
********************************************
“Abah ! Abah ! Abah !” aku memanggil abah. “Abah ! Bangunlah akak ada buat cerpen ni. Abah tolonglah bangun baca cerpen akak ni. Abah kan suka baca cerpen akak. Abah bangunlah” sekali lagi aku cuba mengejut abah dari tidurnya.
            Sudah hampir setengah jam aku mengejut abahku tapi masih tiada reaksi darinya.
            Akhirnya abah pula yang meninggalkan kami pada tanggal 17 November 2006.  Satu tarikh keramat ini tidak mungkin kulupakan. Kerana tarikh itulah aku kehilangan abahku dan menjadi seorang anak yatim piatu.
            Setelah abah kembali ke rahmatullah, hubungan aku antara adik- adikku semakin akrab. Kerana keakraban kami tiga beradik dibentuk oleh abah sejak kecil lagi.
Aku melihat kiri dan kanan. Kini aku sedar dan mengerti, setiap kesusahan terselit hikmah yang tersembunyi.
Buat abah tersayang, sungguh pun hati anakmu kecewa dengan sikap abah terhadap kami, tapi akhirnya kami mengerti segalanya itu menjadi pengajaran yang amat berguna kepada kami. Kami berjaya menjadi manusia. Sesungguhnya kami menyayangi abah.

Sekian :) Terima Kasih kerana sudi membaca cerpen yang tak seberapa :D Saya baru belajar menulis cerpen 





Older | Newer