Tolong Sampaikan Kepada Si Dia
Friday, August 9, 2013 | 6:48 PM | 0 Talkers
tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cinta - Nya..
tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
tolong nasihati sia dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
tolong ingatkan si dia. aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
tolong ingatkan si dia. aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
tolong sedarkan si dia. aku milik Yang Maha Esa..
tolong sedarkan si dia. aku masih milik keluarga..
tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
tolong pesan padanya. aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
tolong pesan padanya. aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
tolong pesan padanya. aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
tolong khabarkan pada si dia. aku tidak mahu melekakan dia..
tolong khabarkan pada si dia. aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
tolong khabarkan pada si dia. jadilah penyokong dalam kejayaanku..
tolong sampaikan pada si dia. aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
tolong sampaikan pada si dia. cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
tolong sampaikan pada si dia. hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia. semoga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia. semoga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya. simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti.
AYAH, TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR KAMI ERTI KEHIDUPAN
Sunday, May 26, 2013 | 7:37 AM | 0 Talkers
AYAH,
TERIMA KASIH KERANA MENGAJAR KAMI ERTI KEHIDUPAN
Ting ! Ting ! Ting ! Jarum jam menunjukkan pada
waktu dua belas tengah malam. Aku tidak dapat melelapkan mataku ini.
Benarlah kata orang: “Biar mati
bapa, jangan mati emak”. Sesungguhnya semua ini adalah kehendak- Nya. Kita
sebagai manusia biasa hanya mampu berserah pada kekuasaan- Nya. Tapi hakikat
dan kenyataan yang patut kuharungi dan kuhadapi ialah pemergian ibuku yang
tersayang. Aku pasrah pada kekuasaan
Allah Yang Maha Agung.
Masih kuingat….. tanggal 4 Februari
1989, satu tarikh keramat yang tidak mungkin dapat kulupakan. Kerana itulah tarikh terakhir aku menatapi sebuah wajah yang
amat kusayangi dan kukasihi. Ibuku yang tersayang kembali ke rahmatullah.
Walaupun aku keberatan atas
pemergiannya, tapi aku pasrah. Aku harus redha dan itulah hakikat sebenarnya yang patut aku terima.
Maka bermulalah episod baru dalam
hidupku. Aku merupakan anak sulung dari tiga beradik. Kami tinggal bersama abah.
Semenjak pemergian ibu, abahlah yang mengganti tempat ibu di samping membanting
tulang empat kerat untuk menanggung hidup kami sekeluarga. Aku berterima kasih kepada
abah di atas segala pengorbanan kerana membesarkan aku.
Kusangka panas hingga ke petang,
rupanya hujan di tengah hari. Setelah abah mendapat rezeki terpijak, abah
berubah untuk berkahwin lagi. Abah berkahwin dengan janda beranak tiga. Sekali
lagi aku pasrah. Selama hampir lapan tahun kami hidup bersama dalam keadaan
sederhana, tiba- tiba kami terpaksa berkongsi kasih abah bersama orang lain yang
kami tidak pernah bersua ataupun kenal hati budinya.
Kami tinggal serumah. Pada mulanya,
semuanya berjalan dengan baik. Layanan ibu tiriku pada kami adik- beradik amat
baik. Tapi sangkaanku meleset. Ketiadaanku dan abah di rumah, membuatkan ibu
tiriku berani mencerca, menengking adikku tanpa salah dan silap.
Pada suatu hari, kami berbincang
dengan abah tanpa ibu tiriku. Tiada kuduga rupanya abah menyebelahinya dan
mengambil keputusan untuk keluar meninggalkan kami tiga beradik untuk tinggal
bersama ibu tiri di rumah lain. Bertapa kecewanya hati ini yang terpaksa
memikul segala tanggungjawab yang selama ini dipikul oleh abah.
Setelah tamat SPM ( Sijil Pelajaran
Malaysia ), aku lupakan dulu cita- citaku. Tanggungjawabku sekarang ialah untuk
memberikan pendidikan kepada kedua adik- adikku. Segalanya kutanggung sendiri
tanpa sedikit pun bantuan daripada abah. Abah hanya datang untuk menjengukkan
mukanya sahaja.
Aku mesti bekerja keras untuk
menyara adik- adik. Tapi sekarang segala penat lelahku berbalas. Kedua- dua
adikku kini sedang menuntut di universiti tempatan. Untuk meneruskan cita-
citaku yang terbengkalai dan untuk membuktikan pada abah yang kami boleh
berusaha walaupun tanpa abah, aku juga turut menyambung pelajaran secara
persendirian.
********************************************
“Abah
! Abah ! Abah !” aku memanggil abah. “Abah ! Bangunlah akak ada buat cerpen ni.
Abah tolonglah bangun baca cerpen akak ni. Abah kan suka baca cerpen akak. Abah
bangunlah” sekali lagi aku cuba mengejut abah dari tidurnya.
Sudah hampir setengah jam aku
mengejut abahku tapi masih tiada reaksi darinya.
Akhirnya abah pula yang meninggalkan
kami pada tanggal 17 November 2006. Satu
tarikh keramat ini tidak mungkin kulupakan. Kerana tarikh itulah aku kehilangan
abahku dan menjadi seorang anak yatim piatu.
Setelah abah kembali ke rahmatullah,
hubungan aku antara adik- adikku semakin akrab. Kerana keakraban kami tiga
beradik dibentuk oleh abah sejak kecil lagi.
Aku melihat kiri dan kanan. Kini
aku sedar dan mengerti, setiap kesusahan terselit hikmah yang tersembunyi.
Buat abah tersayang, sungguh pun
hati anakmu kecewa dengan sikap abah terhadap kami, tapi akhirnya kami mengerti
segalanya itu menjadi pengajaran yang amat berguna kepada kami. Kami berjaya
menjadi manusia. Sesungguhnya kami menyayangi abah.
Sekian :) Terima Kasih kerana sudi membaca cerpen yang tak seberapa :D Saya baru belajar menulis cerpen
! Bakal Imamku !
Wednesday, March 27, 2013 | 5:09 PM | 0 Talkers